Awak pause dlu lagu kat blog saya. And then baru play video ni okay?
Thnks awak for video. Hai, Assalamualaikum si comel and si hensem sekalian.
Selamat tgah malam. Apa saya merepek nih?
Awak awak, saya teringin nak nengok cerita 7 petala cinta ni. Sebab mcm best jea trailer dia.
Wah, trailer. Yelah! Betul lah trailer. I like to watch islamic movies.
So, Malaysia.. Buatlah bnyak bnyak movie yg islamic yea? Mcm dorg bca je blog aku ni.
Cakap taknak kalah. Nak mnang je keje. Haha. Stop annoying Cik piqa!
Sinopsis cerita ni ->
Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya.
Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA.
ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam.
Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.
Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab.
Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia.
Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.
Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik.
Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri.
NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?
Suka sangat ayat ni.
*Duhai bakal imamku*
Jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.
Ya Allah, peluklah hati ini disaat aku mulai rasa gelisah dalam penantian penuh kesabaran ini, rindu ini kerana Mu Ya Ilahi.
Ilmu itu ibarat haiwan liar. Dan tali pengikatnya ialah.. Catatan.
Cinta itu bukan melemahkan tapi menguatkan. Dan cinta juga bukan menyedihkan, tapi menggembirakan.
Perempuan yg baik untuk lelaki yg baik, begitu juga sebaliknya. Itu kan janji Allah.
Rabb, berikan aku kekuatan untuk mgubah sgala kedukaan ini kpd kgmbiraan.
"Masa depan milik Allah cik, kita tak tahu apa apa pun".
Diantara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta.
Kerana cintakan saudara, sahabat menafkahkan jiwa, Saida.
Assalamualaikum cinta, Waalaikumussalam rindu :-)
Nak sangat tengok cerita niii! Tak tak terdaya. Nak tunggu pergi wayang, mmg taklah.
Dah lama dah pun cerita ni kluar. Hekhek.
Tak suka pun gi tgok kat wayang. Takpernah! Hehe. Nak beli CD, lagilaaaa. :(
Uhukk, sabar jelaa. Nak buat mcm mana. Nnti lepas SPM boleh lerr tgok.
Harapnya cenggitu lahh. Hehe~
Okay, saya taktahu nak merepek merepuk apa dah. Saya chawww dlu yeww.
Iyekk. Geli lah ade 'ew ew' tu. Haha :-)
Salam sayang dari Nurul. Assalamualaikum!